Monday, December 28, 2009

Cerita Sedih

Semalam kawan ofis aku amik 1/2 day, aku pun sebenarnya 1/2 jugak semalam. Tapi aku 1/2 day pasal nak menghabiskan baki cuti aku yg memang tinggal separuh je tue. Rupa2nya kawan aku tu 1/2 day pasal dia nak temankan kakak dia yg baru kematian baby. Sedih jugak bila aku dengar citer dia. Tapi itulah hakikat kehidupan. Yg hidup pasti mati. sama jugaklah dgn aku dan jugak org lain. Cuma bila?dimana?kenapa? kematian itu berlaku sahaja yg kita x tahu. berdasarkan cite kawan aku tu, kakak dia bersalin secara normal, dkt pusat bersalin naluri wangsa maju, pusat bersalin naluri ni, utk pengetahuan semua kakitangan nye semua perempuan tiada doktor atau staf lelaki, kiranya islamic punya hospital. Tapi biasalah swasta,bayaran nye mestilah mahal dari hospital kerajaan dan layanan nye pun mestilah lebih dari biasa. Tapi bg aku terpulang lah pada individu, nak bersalin kat mana, swasta ker,kerajaan ker, kat rumah ker, terpulang kpd individu. Berbalik citer kawan aku tue, kakak dia bersalin tgh malam selasa minggu lepas, pastu doktor try lah nak bg baby dia minum susu, bila susu masuk, baby tu keluarkan balik semua susu yg dia minum, masa tu doktor dah agak lain macam, pastu dia inform pada kakak ngan abang ipar kawan aku ni, yg anak dia mcm ada masalah, doktor kata berkemungkinan usus dia bermasalah dan doktor tue manambah lagi yg hospital dia x cukup kelengkapan, biasalah hospital kecik, jadi baby dia terpaksa tranfer ker GH. Menjadi kebiasaan kalau ada problem diorg akan hantar ker hospital kerajaan, sbb nya hospital kerajaan mempunyai kelengkapan yg hampir 100 %. itulah perbezaan diantara hospital kerajaan ngan swasta. Baby tue dimasukkan ke dlm wad kanak2 ataupun lebih dikenali wad kk. Kat wad kk, doktor kat situ scan details pada perut baby, dan hasilnya dan kemungkinan yg doktor berikan, usus baby tue rosak ataupun ususnya tersimpul. Tapi punca baby tue x menyusu adalah berkaitan ngan usus dia, jadi doktor cadangkan buat emergency operation utk perbetulkan usus baby yg kecik tue, cubalah bayang kan saiz baby yg kecik, pastu nak kene operate pulak, kesian sungguh kat baby tue, tapi doktor tue kata harapan dia amat tipis, kalau dibiarkan akan meninggal dan kalau operate sekali pun, kemungkinan utk hidup tu tipis, nak taknak, keluarga kawan aku tue dengar lah ckp doktor, jadi baby yg kecik tue pun dioperate, tapi mengikut citer kawan aku tue lg, sebelum nak operate baby tue pulak mempunyai darah beku kurang dari 50%, jd doktor x leh nak operate baby kecik tue, yelah baby baru lahir, semuanya belum sempurna, organ2 dalaman2 yg masih baru, pasti semuanya x sempurna. Tapi akhirnya, baby tue dioperate jugak, tapi siapa lah kita yg dpt melawan takdir tuhan, baby kecik tue akhirnya pergi menghadap ilahi, penciptanya yg maha agung. Tapi itulah dikatakan takdir, kita merancang dan tuhan yg menentukan segalanya. Jadi kita kene redha dgn segala yg telah tuhan tetapkan, mungkin buruk bg kita tapi itulah yg terbaik tuhan telah tentukan utk kita.
Masa kawan aku citer pasal baby tue, tiba2 jer air mata aku bergenang, hati aku jd sayu teringatkan 2 org anak aku. Sedih nya bila dikenang dan aku dpt rasakan apa yg kakak kawan aku rasakan skrg nie.

Monday, October 5, 2009

Pergi Tak Kembali

Hujung minggu baru nie, pada hari sabtu bersamaan 3 oct 09, abg ipar aku yg merupakan suami kpd kakak aku yg sulung telah pergi menghadap ilahi. Kematian tu pasti, semua manusia akan merasainya,termasuklah diri aku. Sedih dan pilu sgt rasanya, walaupun hanya abg ipar, tapi sedih sgt. Abg ipar aku terkena angin ahmar ataupun stroke pada rabu lepas, keesokannya, dia dimasukkan ke HKL, aku dan suami pegi melawat dia di hospital, keadaannya stabil, dia masih lg boleh bercakap. Cuma dia x boleh berdiri, kiranya dia terkene angin ahmar tahap pertama. Mlm pertama dia didlm wad, lebih kurang 3 pg (pg jumaat), pihak hospital menelefon kakak aku yg menyatakan abg ipar aku tenat. Malam tu jugak, kakak aku pergi ke hospital bertemankan abg aku dan jugak anak2nya. Kebetulan, rumah abg aku berdekatan dgn rumah kakak aku. Kakak aku bukannya x boleh memandu, cuma dia x mempunyai kekuatan nak memandu sendiri ke hospital. Sampai dihospital, keadaan abg ipar, masih dlm keadaan tidak stabil, anak2nya semua menangis bila melihat abah mereka dm keadaan x sedarkan diri. Ya Allah, besarnya dugaan mereka. Lebih kurang pukul 6 pg, barulah keadaan dia menjadi stabil barulah Kakak aku dan anak2nya balik kerumah dan tghhari tu kakak aku dtg semula dan sampailah ke ptg kakak aku duduk disana menjaga abg ipar, masa tue, abg ipar dah x duduk diwad biasa, dia diletakkan di icu sbb keadaan dia yg kritikal dan dia tidak boleh bernafas sendiri dan hanya mengharapkan mesin pernafasan. Pg sabtu, lebih kurang kul 8.30 pg, pihak hospital memberitahu keadaan abg ipar semakin teruk dan tenat. X silap aku, pg sabtu tue hujan, jln pun agak jam sedikit, mungkin sbb hujan, semua org mengunakan kereta. Lebih kurang kul 10 pg, adik aku sms aku dan semua saudara mara yg menyatakan abg ipar aku meninggal dunia. Ya Allah, kesiannya kakak aku dan anak2nya, dlm sekelip mata, anak2 dia menjadi anak2 yatim. Aku sampai lebih kurang kul 10.30 pg, keadaan amat memilukan sgt, kedua2 anak arwah menangis x berhenti2, sampaikan nurse dan doktor disekelilingnya, semuanya menangis. Arwah mempunyai 2 org anak, seorg anak lelaki berusia 12 tahun dan seorg anak perempuan berusia 10 tahun. Ya Allah, kau ampun lah dosa2 arwah dan ko tempat kan lah dia dikalangan org2 yg beriman. Al-Fatihah.....

Wednesday, September 30, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat islam yg berjaya mengharungi ujian Allah selama sebulan berpuasa, semoga keberkatan dan ketaatan kita dlm mengerjakan ibadah yg mulia ini mendapat ganjaran dan pahala dr Allah swt.
Hari Raya merupakan hari yg ditunggu2 oleh semua org, kerana hari tersebut adalah hari kemenangan buat semua umat islam. Tapi dlm kemeriahan dan kegembiraaan kita menyambut hari raya, jgn lah pulak pd org yg telah pergi meninggal kan kita dan x lupa pula bersederhana dlm menyambut hari kebesaran.

Ape2 pun Selamat Hari Raya & Maaf Zahir dan Batin.

Thursday, September 10, 2009

Tak Bangun Sahur

Hari nie aku x bangun sahur lagi, bila hubby aku keje malam jer, gerenti aku susah nak bangun sahur, bukan nyer x set alarm, dah set pun, tapi telinga jenis telinga x berlubang, x dengar aper2 pun pg tadi, celik2 jer dah pukul 6.15 pg, pastu br rasa menyesal dan sedih sbb x sahur. Tapi nak wat camner kan, dah ditakdirkan x bangun sahur(ceh, nak salahkan takdir pulak, dah memang jenis pemalas nak bangun sahur). Aku nie memang payah nak bangun sahur, drpd aku kecik lg, sampai lah masuk u, skrg dah kawen pun, masih susah lg nak bangun sahur, tapi kalau hubby aku ader, aku akn bangun, memandangkan dia x der lah mlm tadi yg menyebabkan aku x bersahur.
Masuk tghhari td, perut dah ader bunyi2 dah, pedih pun ader, mmmm...... lapar lah. Padan muka utk diri sendiri.
Ptg nie nak masak aper yer, rasa malas pun ader, nak masak ker atau nak beli jer kat bazar ramadhan. mmmmmm....... Perut lapar nie, nafsu melonjak2 nak makn mcm2, kalau pi bazar, gerenti aku borong mcm2. Cepat pikir, cepat pikir, nak masak atau nak beli. Kalau nak masak, aper yg ader dlm peti ais tue, x silap aku, ader udang ngan dan sepotong ikan jenahak, x silap aku lah. Tapi kalau aku x masak, maksudnya, aku pegi bazar ramadhan kan. X payah pening2 lah, hari ni aku memang malas nak masak, jd aku beli makanan kat bazar je, masak nasi jer kat umah.

Wednesday, September 9, 2009

Raya....Raya....Raya....

Sekarang nie, semua org ckp pasal raya, mana tak nya, minggu dpn kan ker nak raya, insyaallah 20 sept 2009 bersamaan hari ahad dpn, semua umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ckp pasal raya, aku pun taknak terlepas, walaupun aku ni dah tua bangka, tapi hati aku masih cam kanak2. hihihihihi..... Tapi kanak2 dpt duit raya, aku nie jgn harap lah dpt duit raya, kene hulur duit raya adalah, ckp pasal kanak2, teringat aku masa zaman aku kecik2 dulu. Dulu duit raya, org bg syiling jer, tapi skrg nie, jgn harap lah budak2 skrg nakkan duit syiling, paling kurang pun duit kertas singgit, kalau bg syiling merungut lah budak2.
Semalam, aku ngan hubby gi shopping, gi jusco Maluri, bukan nyer x der jusco dekat umah aku nie, tapi hubby aku senang shopping kat sana, aku ikut kan jelah,x ikut rugi, org belanja lah katakan. Hasil shopping semalam, aku beli seluar jeans satu, pastu aku beli baju kecik dan seluar kecik. Semua sekali lebih kurang rm 100 keatas. Tapi aku rasa cam x cukup je lg kan, baju aku x beli lagi. Aku rasa minggu dpn nak pi shopping kat jusco kat umah aku, nak pi menghabiskan duit gaji aku, yelah bukan nyer selalu, sethn sekali. Tapi walaumcmmanapun kene beringat, bulan dpn nak hidup jugak, bukan bln nie jer...
Baju raya dah beli, kuih raya aku x beli lg, nak beli kat mana yek, nak tempah kat kakak aku, tapi dia nak buatkan ker utk aku, tempahan yg ada pun dah cukup banyak. Tapi takpe, nanti aku tanya, manalah tahu, dia baik hati nak buat kan utk aku.mmmmm..... Tapi, kalau dia x dpt nak buat, cam ner yek. Kene cari alternatif lain nie. Beli kuih kat kedai, buat sendiri(jgn haraplah, oven pun x der kat umah) atau pun buat x tahu jer.mmmmm....
Ape lg yek, yg tak siap lg nih. Biar aku pikir2 kan dulu, nanti aku kene update kat hubby aku, aper yg x dibeli lg. Baju kurung ngan baju melayu dah siap dah, awal2 lg, sblm raya. Tema warna utk tahun ni kuning pinang masak, aku rasa cam cantek gak warna tue, walaupun agak menyerlah warna die, tapi x per lah, warna ape pun x kisah, asalkan dpt berhari raya.
Raya thn ni , insyaallah, aku akn beraya di gombak (kg sg mulia) dahulu kemudian ptg raya pertama, aku ngan hubby bertolak balik ke Perak(Slim River).
Tapi, bila kenangkan minggu dpn nak raya,sedih plak rasanya bila ramadhan dah sampai penghujung. Yelah, bulan yg penuh keberkatan dan kebaikan, segala kebaikan yg kita buat, akn dibls berganda2 oleh Allah. mmmmm..... Rasa mcm kurang jer lg ibadat aku dlm bln Ramadhan kali nie. Tapi,takpe, ada lg 10 hari lg, insyaallah, aku akn kumpul sebyk mungkin pahala yg boleh aku buat.

Sunday, August 23, 2009

HKL Lagi....

Hari nie merupakan hari ketiga umat islam berpuasa dan termasuklah aku, pagi td aku ada app ngan HKL (hkl lagi, boringnyer.....), tapi ngan doktor pakar genetik, biasalah masalah peribadi aku dan suami, result kami memang dua2 negatif, jadi, pagi tadi kitorang dtg jumpa dia, utk dpt kan kaunseling utk next pregnancy. Begitulah ceritanya... app aku pagi td sebenarnya kul 10 pg, tapi kitorg terjaga kul 9.20 pg, apalagi, melompat aku dr katil, tiba2 jer mata aku jd segar. Lambat lah katakan, pening lalat jugaklah aku pg tadi sbb bangun terkejut. Siap lebih kurang 9.45 pg dan terus gerak, sampai hkl lebih kurang kul 10.15 pagi. Buat pendaftaran, lebih kurang 15 minit menunggu, pastu dpt jumpa doktor, doktor berbangsa cina, umur lebih kurang hujung 30-an, tapi fasih berbahasa melayu. X der ape yg doktor tue katakan, cuma utk kandungan seterusnya kene lebih berhati2 dan aku akan dipantau oleh doktor pakar bernama, Dr Baskaran. Borak2 lebih kurang ngan doktor tu, lebih kurang 1/2 jam jugaklah, pastu kitorg pun balik. Tapi dlm hati aku masih ada perasaan sedih lg, entahlah.... Ape2 pun hari nie genaplah setahun pemergian arwah Hana Humairah. Al-Fatihah buat arwah Hana Humairah.

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan 2009/1430

Esok hari Sabtu bersamaan 22 ogos 2009 merupakan hari pertama umat islam berpuasa. Malam tadi kat tv dah buat pengumuman setelah org2 yg berkenaan membuat penilaian dan melihat anak bulan pd ptg semalam. Malam ni bermulalah solat terawih bg yg ingin mencari x-tra pahala, dan bulan puasa nie, eloklah perbanyakkan membaca al-quran, kerana pahalanya digandakan oleh Allah berlipat2 gandanya.

Memandangkan esok posa jd mlm ni kene sahur, bermulalah episod bangun 4 pg. Nak buat mcm mana, org berkahwin lah katakan, dulu masa bujang memang x bangun sahur, sebelum tido, makan siap2, sekarang nie dah ada suami, kenelah bangun pg. Nak buat mcm mana dah nasib badan, tapi sahur nie sebenarnya mempunyai kelebihan lebih2 lg dihujung2 sahur.

Jd kepada semua umat islam, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak....

Monday, July 27, 2009

Masalah EPF.....

Bila ckp pasal EPF ni, aku rasa bukan aku sorg je yg bermasalah, ramai jugak yg senasib ngan aku, tapi alhamdulillah, company tempat keje baru aku skrg ni, buat masa nie, epf n socso dibayar oleh majikan aku. Cuma epf aku tahun lps jer bermasalah, disebabkan company aku sblm nie, suka mengelak dr membayar epf dan juga socso, senang citer, suka berhutang, nasib baiklah dia berhutang ngan staff dia sendiri, kalau berhutang dgn 'along', x pasal2 kepala kene potong.
Aku bukanlah membenci majikan aku sblm nie, jauh sekali berdendam. Cuma tolonglah bayar hutang2 yg telah awak hutangkan tanpa kerelaan dari pihak saya. Bg aku dia berhutang tanpa terlebih dahulu bertanya pada staff dia, dia x nak bayar gaji, x nak bayar epf, x ak bayar socso, atas kehendak pihak majikan. Ada ke manusia mcm nie, Ex-majikan aku, agak mewah jugaklah, berkereta Merc, mempunyai drebar lagitu, tapi epf staff x nak dibayar. Pelik jugak manusia mcm nie, dia boleh hidup mewah tapi dlm masa yg sama dia biarkan hidup org lain menderita di atas hutang2 yg dia ciptakan.
Semalam, aku ader terbaca satu forum ni, dlm forum ni ader mengisahkan tentang ex-company aku, ramai jugaklah yg komen pasal ex-company aku ni, rata2 bekas2 pekerja ex-company aku dulu. Ramai yg marah pd ex-majikan aku kerana x bayar epf, ader sesetengah tue kata x bayar gaji sampai 4-5 bulan, huhuhuhuhu.... masa time aku keje dulu ada gaklah diorg x bayar gaji, lebih jurang 2 bln lebih tanpa notis plak tue, buat bodo jer majikan aku, lalu berselisih ngan staff buat bodo jer, mcm x der parasaan jer aku tengok, mcm x de ape yg berlaku, padahal gaji x bayar, epf x yah citer ahh, memang x bayar. Tensen memang tensen lah masa tue, nak makan pun tercekik, nak pi keje pun kene pikir 2-3 kali. nak isi minyak, nak bayar tol. nak bayar parking, lu pikir lah sendiri. Tapi ex-majikan aku tetap maintain, pg2 makan kat kedai mamak, aku ni, nak makan pun susah, diorg plak boleh kenyang makan, padahal staff diorg nak hidup pun susah.
X der niat aku utk mengaibkan sesiapa, tapi sedar lah wahai bekas majikan aku, x kan senang hidup ko di atas penderitaan org lain. Dan aku berharap, tolong lah langsaikan hutang2 yg telah ko ciptakan sendiri. Kalau boleh tahun nie, aku nak diorg bayar lah epf aku. Kalau ikutkan hati aku, nak jer aku maki jer, tapi ikutkan akal, x jadilah pulak, sbb nya aku mempunnyai akal yg dikurniakan oleh Allah utk berfikir. Kadang2 aku terfikir jugak kenapalah org suka berhutang dan mencipta hutang, padalah diorg boleh mengelak dr berhutang. Aku pun manusia biasa dan aku juga berhutang, berhutang ngan PTPTN, hutang ngan bank sbb beli kerete. Tapi aku x pernah terlepas dari membayar setiap bulan hutang2 aku, tapi knp majikan aku boleh biarkan staf x makan, biarkan staf x der duit, asalkan hidup dia sempurna, asalkan dia dpt pakai merc, asalkan dpt pakai driver, asalkan company berjalan dgn lancar. Entahlah, kadang2 manusia nie terlalu pentingkan diri sendiri, sampaikan org lain terabai. Insyaallah, tuhan maha berkuasa dan tuhan maha adil, hari ni ko buat org lain menderita, insyaallah suatu hari nanti tuhan akn membalas nyer.
Berbalik kpd epf, sebenarnya kerajaan malaysia mempunyai akta yg melindungi pekerja, majikan memang wajib membayar epf, kalau tidak majikan akan berhadapan dgn mahkamah sekiranya tidak membayar epf. Tapi akta tersebut,tidak membuatkan para2 majikan merasa gerun, termasuklah ex-company aku, begitu tegar diorg nie. Entahlah sampai bila diorg nak sedar. Aku berharap dan aku berdoa semoga tuhan memberikan hidayah dan juga petunjuk kpd meraka. Aminn.......

Wednesday, July 15, 2009

Ikan Siakap

2 minggu lepas, aku n hubby pi ke klang, tengok kawan dia mancing. Hubby aku pun memang suka mancing, tapi mancing kolam nie dia kureng sket, dia suka mancing sungai. Entahlah, bg aku sama aje, kolam ke, sungai ke, laut ke, semua bertujuan utk dpt ikan kan. Kawan yg dimaksudkan adalah kawan keje satu kilang dia. seorg cina dan sorg lg melayu. Kitorg bertolak agak lewat jugak, hampir kul 10, kitorg kuar dan sampai kat klang lebih kurang kul 11 mlm. Bila kitorg sampai jer, kawan hubby aku memng dah ada kat situ, diorg dah ada kat situ dari kul 9 mlm. Masa kitorg sampai, baru je duduk kat tepi kolam, tiba2 kawan dia dpt seekor ikan bawal emas. Pergh... besar gaklah bawal yg dia dpt, tapi x sampai sekilo. Tapi nak malangnya, ikan tu terlepas, mungkin bukan rezeki. Tapi kawan2 hubby aku nie, diaorg mancing sekadar suka2. Kira nya , lepas gian atau pun jenis yg kaki mancing. Lebih kurang kul 12 lebih , aku ajak hubby aku balik, yelah, esok pg nyer keje. Tapi seblm balik tue, kitorg beli ikan dari kawan dia, seekor ikan siakap dan seekor ikan bawal. Siakap dia memang besar gila, x pernah aku tengok ikan siakap sebesar itu. kawan dia jual utk 2 ekor ikan dgn harga rm10, kalau kat pasar x dapat 10 henggat...Ikan Siakap tue, dipotong2 brp pun aku x tahu, krn yg menyiangnya hubby aku, aku jgn harap lah nak siang dan kepala ikan siakap tue aku masak sweet sour dan sempat jugak lah hubby aku tangkap gambar siakap ni, sblm kitorg ngap.tapi kepala siakap jelah, badan nyer x der.hahahahah........

Thursday, July 9, 2009

Semangat yg hilang....

Aku ni sebenarnya kuat semangat ke tidak, kadang2 aku rasa aku nie kuat tapi sebenarnya aku ni seorg manusia dan hamba Allah yg paling lemah, knp aku kata begitu, aku selalu menangis bila teringat kan arwah anak2 aku, tapi aku x penah tunjukkan pd org lain, aku cuma menangis sendirian, mengenangkan nasib aku, tapi bukankah nasib aku telah ditentukan sblm aku dilahirkan kedunia, nasib aku adalah qada dan qadar aku, aku kene terima, walaupun pedih, pahit, masam, manis,kelat, tawar dan berbagai,semuanya aku kene terima, mungkin nampak senang bg org yg x pernah mengalaminya. tapi bila dah terkene batang hidung sendiri,baru lah kita tahu tinggi rendah nya langit. memang org boleh ckp sabar, tapi diri kita sendiri yg menanggungnya. mungkin org simpati,sedih ngan nasib kita, tapi perasaan kita hanya Allah saja yg tahu.

Sebenarnya 2-3 hari nie aku asyik terkenang diorg berdua (arwah anak2 aku),setiap kali aku teringat kan diorg, pasti mengalir air mata aku, entahlah, sampai bila aku nak mcm nie. Aku cuba kuat kan semangat, tapi lama kelamaan semangat aku hilang...... tapi bukan aku sorang jer yg kematian anak, ramai lg org yg mengalami nasib yg sama dgn aku. mungkin kami adalah org2 yg diplih oleh tuhan utk diuji, tapi besar sungguh ujian mu ya Allah. kadang2 aku rasa aku x mampu nak menanggung ujian mu, tapi bila ku kenangkan semula balasan yg akn kau berikan pd ku, aku mula bersemangat. Aku yakin dgn janji Allah, aku akn dipertemukan dgn diorg berdua diakhirat kelak dan diorg lah jugak yg akan membantu aku di akhirat kelak. Bersemangat.....Bersemangat.....

Wednesday, July 8, 2009

Bulan Ramadhan...

Hari ni bersamaan 15 rejab, bermaksud, ada lebih kurang 1 bulan setengah lg nak masuk bulan Ramadhan. Bulan yg penuh kenikmatan, dimana terletaknya lailatul qadar diakhir ramahdhan.
Tapi bulan posa tahun nie aku rasa terlebih sikit, memandangkan thn lepas aku x dpt merasai nikmat berposa, sembahyang terawih, membaca al-quran dan berbagai2 lg. Jd tahun nie, aku nak sambut ramadhan secara besar-besaran, nak baca al-quran sebyk yg mungkin (kalau boleh khatam lah, kalau boleh), nak pegi sembahyang terawih, huhuhuhu.... x sabar rasanya. Ape2 pun yg penting kesihatan perlu dijaga supaya dpt melaksakan semua ibadat tersebut. Ape2 pun posa ganti yg tertingal thn lepas sebanyak 30 hari dah pun diganti, utk akan dtg, merancang bila bersalin, kalau boleh mengandung x per dlm bln posa jgn beranak dlm bln posa, kalau dah terkene, nasib badan lah.

Tuesday, May 26, 2009

Kete ku kena Langgar

Hari nie, aku sedih sgt, sbbnya kete kecik ku kena langgar dgn sebuah kete kancil yg datang dari sebuah simpang. Cite nya mcm nie, aku baru jer mulakan perjalanan dari rumah aku, menuju ke ofis aku yg terletak di wangsa setia. Aku pandu lebih kurang 20 - 30km/h, baru mula perjalanan memang slow giler lah kiranya, tiba disatu simpang berdekatan dgn rumah aku, bersebelahan dgn sebuah tadika, sebuah kereta kancil berwarna pink masuk kejln aku tanpa melihat kiri dan kanan. aplagi, gedebam..... kete tue hemtam kete aku. Aku jd gamam, dan yg peliknya dia x nampak ker kete aku ni, kete warna merah menyala, org buta pun boleh nampak. Pastu kancil tue pun reverse kete dia, aku pun kuar dr kete, aku dah mula hangin dah, knp kete kecik aku ni dia x nampak. Pastu aku melihat seorg pakcik kuar dari kete kancil tersebut. Drpd nak marah, aku jd x marah, yelah org tua, memang tua pun pakcik tu, aku rasa pangkat atuk lah kut, mungkin umur dia 60 lebih, aku rasa lah, berdasarkan rupa paras dia. Ayat pertama yg kuar dar mulut aku "Pakcik x nampak ke kete saya", pakcik tu jawab "Pakcik x nampak". Dia tanya aku cam ner nie, pastu aku ckp, saya tepon suami saya dulu, nasib baik lah dkt ngan umah. Suami aku dtg, dlm keadaan kusut masai, sbb aku tepon dia td dia tido, sbb dia keje mlm, jd waktu siang dia adalah waktu tido dia. Pastu suami aku borak2 ngan dia, bkn borak ape, borak pasal camner nak repair kete aku, sapa nak bayar kos repair. Dah settle semuanya, dia mintak no tepon aku, aku pun minta no tepon dia. Tapi perasaan aku jd lain mcm je slps tu, hati aku jd sayu jer, x keruan jer aku rasa, kesian kerete kecil ku itu, esok aku kene berpisah dgn nya, sbb suamiku nak hantar dia masuk bengkel. Sedihnya....waaa.....waaa....waa......

Tuesday, May 5, 2009

Cerita pasal HKL

5/5/09 = selasa, aku ada app dgn HKL berhubung pasal kes anak aku yg meninggal thn lps, app kul 9.30am, ofis awal2 lg aku dan inform, memandangkan app kul 930, jd kami kuar dr umah kul 9 pg naik kete, x nak naik moto sbb hubby aku pening2 kepala sbb dia br balik keje mlm dan x tido lg. Jd yg memandu adalah aku, pagi2 paham2 jelah, jem sket, tapi mcmmanapun kitorg sampai tepat kul 930 pg, sampai je ke klinik ibu mengandung, aku terus letak buku merah aku dlm bakul dan tunggu utk dipanggil nama, lebih kurang 1/2 jam br nama aku dipanggil, agak lama jugak lah, sbb nya org yg sampai lambat dari aku pun dah dipanggil nama, seperti biasa bayaran rm 5, pastu check darah tinggi, buat timbangan(berat turut lg hahahahaha) dan spt biasa tunggu didpn bilik doktor. Tapi nasib aku baik sket hari ni, lebih kurang 20 minit menunggu, nama aku dipanggil, mmmm.... ketuk pintu, pastu aku pun masuk, nasib aku memang baik, doktor yg ada dpn mata aku merupakan doktor yg merawat aku masa aku bersalin kan arwah humairah. jd sedap lah sket hati aku, kiranya dia paham kes aku. Dr Azilah namanyer, mula2 tue dia x perasan, bila hubby aku mula borak ngan dia pasal kes aku dan dia pun mula membelek buku merah aku, barulah dia ingat, yelah brp ramai pesakit yg dia kendalikan, aku ni mungkin 1 dlm 100 pesakit dia, tapi nasib baik lah dia cam aku yelah memandangkan kes aku nie 1 dlm 1000 mestilah dia ingat. Kes anak mati dlm perut nie, banyak jugak sebenarnya tapi x lah sebnyk kes yg lahir hidup. Baru2 nie pelakon Dynas, anak dia mati dlm perut, lebih kurang cam kes aku gak, tapi kes aku nie dah cukup bulan, dia x cukup bln. Berbalik pd cite Dr td tue, dia pun mulalah bertanya, sbb apa dtg, kami pun bitahulah yg kami tengah tunggu result ujian darah kami. Kami pun bitahulah yg kami dah dtg bln lps tapi x siap lg, jd kami dtg hari nie utk amik result. Dia kata dia cuba tanya bahagian lab, dia suruh kami tunggu diluar. Tunggu lebih kurang 2 jam, masa tu kul12 tgh lebih, laki aku dah mula membebel, yelah lama tue tunggu, dah lah x makan pg, secara kebetulan Dr tue keluar dr bilik, dia bitahu, result dah ada, cuma tunggu org dari lab utk faks kan nya, aku dan hubby amik keputusan utk pegi lunch dulu, yelah lapar giler tahap dewa. Lepas makan kitorg plan nak melawat kakak ipar aku( kakak kpd suami aku) yg bersalin kat hkl. Alang2 berada di hkl, sekali melawat, kakak ipar aku tue bersalin 1 mei, kiranya masa aku melawat tue dah masuk hari ke-5, tapi anak dia menghadapi kuning yg mungkin agak teruk sampai kene masuk nicu. Dgr citer dr mak mertua aku sampai ke hari ini pun belum lg kuar dari nicu, entahlah bila boleh kuar, hari nie dah masuk hari ke-8 dah dan aku berharap baby tue sihat. Kakak ipar aku sebenarnya dah boleh balik dah, yelah b'salin normal, sehari slps bersalin dah boleh balik, memandang bersalin hospital kerajaan, Dr suruh dia balik atau duduk di rumah kayu berdepan dgn hospital bersalin sbbnya hospital kerajaan memang selalu penuh, jd katil x cukup, jd pihak hospital terpaksa menghalau pesakit yg diorg rasa x perlu tunggu dlm wad lg, tapi memandangkan anaknya masih dlm nicu takkanlah siibu nak balik, x sampai hati nak tinggalkan sikecik sorg2 kat hospital.Itu yg dia menginap kat rumah kayu, rumah kayu lebih kurang mcm wad jugak, memang wad pun, tapi dulu sblm ada hospital bersalin yg baru ni. Lps kitorg melawat ibu bersalin, lebih kurang kul 1, kitorg pun balik ke klinik ibu-mengandung, bila kitaorg dtg, dr dan nurse pegi lunch, kitorg pun amik keputusan utk melawat anak buah hubby aku yg dimasukkan ke wad kanak2. Dah abih melawat lbh kurang kul 2 lebih, kitaorg balik semula ke klinik ibumengandung, masa tue lebih kurang 2.30 pm, laki aku dah mula hangin satu badan, yelah dia x tido lg, kepala dia dah mula pening2 lalat. hubby aku ajak balik, yelah dah masuk 5 jam kitorg menunggu dr pg tadi. Aku sendiri x tahu nak mengadu pd sesiapa, aku amik keputusan pergi ke kaunter dpn, aku jum seorg nurse cina baju biru, aku mengadu pd dia, app aku kul 9.30 am, aku masih belum dpt keputusan. dia ckp ngan aku "Pn tunggu dulu saya cuba semak rekod Pn". Rupa2 nya nurse yg berbaju biru tue adalah "Sister", ape lg nurse yg berbaju putih semua kene marah. Tak lama slps tue, Sister tersebut dtg berjumpa aku, dia minta maaf pasal kelambatan dan dia dah suruh org pergi amik result aku dan x perlu utk tunggu faks lg, yg entah bila nak di fakskan.mmmm.......X lama slps tue lebih kurang 1/2 jam jugaklah, nama aku dipanggil. Aku dan hubby pun masuk dan duduk dpn Dr Azilah, dia mula explain pasal aku dan hubby, dia kata kitaorg b'dua x de masalah dgn darah, pastu dia explain lg pasal uri anak aku ada jangkitan kuman, tapi kuman dkt uri tue x lah sampai menyebabkan kematian baby aku. Jd Dr tue pun x tahu nak kata ape, cuma dia kata kalau mengandung slps nie, kena buat full checkup. mmmm...... penantian kitaorg selama 6 jam menunggu akhirnya terjawab. Jadi jawapan nye adalah negatif. mmmm.... Itulah citer aku dan hubby dan hkl...

Wednesday, April 15, 2009

Gambar kenangan bersama Pak Lah


Gambar ni ditangkap pada minggu lepas, 15/04/09 bersamaan hari rabu.Pertama kali aku berjumpa dgn Pak Lah, walaupun dia bekas perdana menteri, tapi aku masih lg berbangga sbb dpt berjumpa dgnnya dan dpt bergambar kenangan dgnnya. Knp aku jumpa Pak Lah? Sbbnya bos aku nak present projek dgn dia, jd kami pun turut serta. Biler aku citerkan pd hubby aku yg aku nak jumpa Pak Lah, dia terkejut dan dia x percaya, so... utk jadikan hubby aku percaya yg aku jumpa Pak Lah, kami pun tangkap gambar bersama Pak Lah sblm kuar dr bilik dia. Balik tue apa lg, aku tayang kan pd hubby aku. mmmm... br dia percaya...

Monday, April 6, 2009

Semalam...

Semalam sebenarnya hari2 yg mendebarkan bg aku, suami-isteri. Tapi keadaan tersebut bertukar kpd haru biru dan aku sedikit mengamuk. Sebenarnya, smlm aku ader appointment dgn pihak HKl, pasal anak aku yg meninggal thn lepas dan jugak pasal kami suami isteri. Sebenarnya semalam sepatutnya kami dpt keputusan dr ujian yg sepatutnya dibuat. Ceritanya bermula dr awal pg, kami bgn seawal pg sbb nak dpt nombor awal, sampai ke hkl lebih kurang 8.20 am, pastu buat pendaftaran, buat bayaran rm 5.00, buat timbangan berat badan(berat dah kurang hahahhah) dan periksa tekanan darah tinggi, mcm org mengandung punya pemeriksaan, masa tu aku dah start bengang dah, aku siap sound kat akak tue "kak saya x mengandung, knp nak timbang semuani?" pastu dia ckp "ini prosedur biasa". Aku dah start tension, pastu dia kata tunggu depan bilik doktor, masa tue lebih kurang kul 8.45 am. Tunggulah dpn bilik doktor,dkt hkl terdapat lebih kurang 13 bilik doktor, 10 doktor biasa, dan selebihnya doktor pakar. Oklah kitorng pun tunggu, tunggu punya tunggu punya tunggu, lebih kuarng kul 10.15 am baru dpt jumpa doktor, pastu kitorg pun masuk, duduk dpn seorg doktor lelaki, nama doktor tue, Dr firdaus, dia x kenalkan diri dia, aku lihat nametag die, umur dia br 25 thn. Aku mula rasa semcm je, doktor ni, tahu ker x tahu pasal kes aku ni. Pastu dia start tanya bila aku beranak? anak ke brp? knp ceaser? aku dah start tension, yelah benda yg dia tanya tue, semua dah ada dlm rekod aku, dia x perlu tanya, boleh baca sendiri, aku dah start berangin. Pastu aku tanya result mcm mana, pastu dia terpinga2, result ape? cehh, mamat nie x tahu ape2 rupanya, pastu start dia mengeledah fail aku, laki aku masih cool lg, aku dah mula buat muka toya dpn doktor tue, pastu diakata "akak abg boleh tunggu kat luar sekejap x?" kitorg pun keluar lah. Lebih kurang 1/2 jam slps tue, dia panggil balik, lebih kurang kul 10.40 am, Kami pun masuk dan duduk dpn dia, pastu dia kata, bhn ujian x sampai ke makmal, aku ngan laki aku berpandangan, kalau x sampai, hilang kat mana? mcm mana boleh hilang? pening aku dibuatnya, aku rasa doktor ni, baru habis belajar lah kalau ikutkan umur dialah. Aku dah mula nak mengamuk.. Arghh.... tension, dah lah menunggi berjam2, pastu diaboleh kata bhn ujian hilang. Pastu doktor tue terkial2 nak bg explain pd kami, dia kata dia cuba telefon lab, dia suruh kitorg tunggu kat luar dulu. Ini kali ke2 dia suruh kitorg tunggu.Aku dah mula mengomel sendiri, laki aku berlagak cool, walaupun sebenar dia pun angin ngan doktor tue. Lebih kurang jam 11.10 am, kami dipanggil masuk utk kali ketiga, Pastu Dr Firdaus pun explain, sebenarnya, bhn ujian tue ada, cuma x siap lg, pastu aku mula mengamuk, aku ckp dkt dr tu "habis tue saya dtg pagi nie utk ape2, suka2, saya bekerja." Dr tue cuba tenang kan keadaan, dia kata dia bg app baru, bulan dpn, senang nya dia ckp kan, kita ni bekerja, dia ingatkan kita senang2 boleh dtg hospital bila2 masa, habiskan masa hampir separuh hari, mcm yg aku kene hari nie. eeeeeee.... geramnya.... Knp lah malang nasib aku hari nie.

Tapi itulah cerita pasal hari semalam. Tapi bila aku balik kerumah, aku mula berfikir, dr firdaus tue bersalah ke tidak sebenarnya, aku mula berfikir secara rasional, bukan dlm keadaan marah, sebenarnya kalau diikutkan Dr tu x bersalah sebenarnya, dia pun x tahu result tue dah siap atau x. Lama kelamaan aku pulak rasa bersalah pd Dr tue, aku ceritakan pd suami ku, dia pun fikirkan benda yg sama. Tapi nak buat mcm mana, benda dah terjadi, tapi aku rasa, itu adalah penganjaran yg berguna dan terbaik utk dr yg baru bekerja mcm Dr Firdaus. Jadi app aku slps nie 5/5, mmm.... aku harap2 aku x jumpa lg ngan Dr yg mcm Dr Firdaus.

Sunday, March 15, 2009

Muhd Amirul bin Nordin dlm Kenangan

Muhd Amirul? Siapa Muhd Amirul tu? Muhd Amirul merupakan anak sulung kami, suami ku yg menamakannya, sejak dr dlm perut lg kami dah memanggilnyer Muhd Amirul. Tapi Muhd Amirul hanya kenangan bg kami krn dia telah kembali ke rahmatullah sehari slps aku melahirkannya.... 5hb March 2009, genap lah umur arwah berusia 2 thn, dan genaplah jugak pemergiannyer selama 2 tahun, mama dan ayah sentiasa rindukan Amirul. Bg aku kenangan mengandung dan melahirkan arwah akn aku kenang sepanjang hidup aku dan sehingga aku mati. Dialah zuriat sulung kami. Aku dan suami berkahwin pd 3 june 2006, sbln slps aku berkahwin, aku disahkan hamil, cepat sungguh aku ni mengandung br sbln berkahwin terus jer hamil, bak kata org tua2 bunting pelamin, argghh aku x kesah, yg penting kami suami isteri gembira dan bahagia. Aku spt ibu mengandung yg lain, muntah2, mengidam itu ini. Biasa lah, mengandung sulung lah katakan. Ini merupakan anak pertama dan inilah pertama kali aku mengandung,mcm2 perasaan ni, gembira, takut, gementar, mcm2, x dpt ku gambarkan, dari hari kehari, aku dpt rasakan kelainan dlm diri aku, badan aku bertambah gemuk, perut ku mula membesar dan kulit perut ku mula pecah2, argh.... rosak badan aku, tapi x kesah, sbbnyer aku nak nak dpt baby. Seawal 5 bln, doktor mengesahkan aku mengandung anak lelaki. betapa gembiranya suami ku bila doktor khabarkan yg kami akn dpt baby boy. Lebih kurang 30 minggu ke atas, kami dah mula mencari brg keperluan utk baby kami, mcm2 yg kami belikan, yelah anak sulung lah katakan,semua benda x ader lg. Beratus jugak lah kami habis kan duit utk menyambut arwah Amirul.

15 Feb 2007,
Genap 38 minggu, doktor menyatakan aku ader darah tinggi, ape lg kene thn wad lah jawapnyer. Tapi aku kene thn selama 2 hari satu malam, x silap aku, aku kene thn wad 15 Feb 2007 bersamaan hari khamis dan esoknyer doktor benarkan aku pulang, sbb tekanan aku menjadi stabil, Tapi doktor bg aku cuti seminggu. Cuti, aper lah yg aku boleh buat, tapi nak buat mcm mana? Dok umah tengok tv, masak, kemas umah, itu jelah yg aku buat sepanjang aku bercuti. tapi genap seminggu aku bercuti aku kene jumpa doktor balik, Hari yg dijanjikan pd hari jumaat bersamaan 23 feb 2007.

23 Feb 2007,
Pg tue aku bangun spt biasa, sembahyang subuh, app kul 9.00 pg di hukm. Lepas sembahyang aku tido balik, lebih kurang kul 8.00 pg aku bangun nak mandi, semasa aku kencing, tiba2 darah keluar, terkejut bkn kepalang lah aku, yelah kuar darah tue menandakan aku dah dkt nak bersalin. Tapi aku x sakit pun, perkara tu aku ceritakan pd suamiku, ape lg cemaslah dier, patut nyer aku lah yg cemaskan. Tapi dier pulak yg lebih2. Kami pun siap2 dan bertolak ke Hukm. Sampai je ke hukm, aku beritahu nurse yg aku dah turun tanda, dier pun suruh aku pergi ke bahagian pnc(x silap aku lah). Sampai di pnc, Doktor terus check pintu rahim aku. Doktor kata pintu rahim x bukak lg, dia buat ujian ctg, lebih kurang setengan jam jugaklah. Pastu dier kata jantung baby ok dan doktor tue tanya aku, adakah aku ader rase sakit2, aku ckp x der. Memang aku x sakit aper2 pun. Dan dier bitahu, aku boleh balik dan dia berpesan sekirnya aku mula2 sakit, cepat2 dtg hospital. mmmm.... Dan ader lg pesanan dier, genap 40 minggu sekiranya aku x bersalin lg, aku diminta utk menyerah nyawa utk bersalin secara paksa.

2 Mac 2007,
Bersamaan hari jumaat, aku masih lg x der rasa cam nak berslain, jadi nak x nak, aku kene pegi hospital utk bersalin paksa memandangkan aku masih lg ader darah tinggi, malam sblm tue, aku dah siapkan semua brg2 aku dan juga barang bayi. Pagi tue aku pun daftar masuk wad, hari pertama x der aper lg, mlm tue seorg doktor dtg ke katil aku dan di bitahu aku, esok aku akan dimasukkan ubat utk cepatkan proses bersalin. malam tue, aku x dpt tido, yelah memikirkan aper yg terjadi pd esok hari.

3 Mac 2007
pg2 lg kami dah dikejutkan, x silap aku lebih kurang 6 pg aku rasa, lepas sorg2 nama dipanggil, tiba time aku. Doktor tue kata "sila baring", aku pun baring, kemudian dia masukkan ubat. Lepas tue dia kata jgn bergerak utk 4 jam berikutnyer. Aku pun balik ke katil, 4 jam berlalu, tapi x der rasa ape2 pun. sampailah ke ptg, x der aper2 pun yg berlaku, x der rasa sakit, cuma darah je yg keluar. malam tue, doktor yg sama dtg jumpa, dia bertanyakan keadaan aku, aku akatakan yg aku x der rasa aper2, pastu dia katakan esok kena masukkan ubat lg, aku pun hanya menganguk saja.

4 mac 2007,
Merupakan hari ketiga dan hari kedua aku utk dimasukkan ubat induce, perkara yg sama dia katakan, selepas dimasukkan ubat, aku pun balik ke katil dan tido, sampailah ke ptg, aku x rasa ape2 pun perubahan, mlm tue spt biasa doktor akan melawat dan bertanyakan keadaan aku, dia kata esok merupakan hari terakhir bg aku utk masuk ubat, sekiranya aku x sakit jugak, hari keempat aku kene operation.

5 mac 2007
Seleps dimasukkan ubat, aku balik ke katil dan tido, lebih kurang kul 11 pg, aku terjaga dan aku rasa ader rasa sakit2 dibahgian bwh perut aku, lama kelamaan sakit tue menjadi kuat, sampai lah berlarutan ke ptg, sakit nyer betambah kuat, tuhan shj lah yg tahu betapa sakit nyer. Nak baring, nak duduk, semuanyer x kena. Sakit tersebut berlarutan sampai ke mlm, lebih kurang kul 9 mlm, masa utk check pintu rahim. Doktor nyatakan pada ku, pintu rahim baru saja terbuka labih kurang 3 cm. Dia suruh balik ke katil dan buat ctg. Semasa alat ctg dipasangkan pada perut aku, jantung anak ku normal,tida sebarang masalah, 5 minit slps tue, tiba2 bacaan jantung dia jatuh, dari 140 kpd 130 dr 130 kpd 120 dan turun terus turun. Cepat aku panggil kakak didpn katil aku, suruh dipanggilkan doktor, terkial2 jugak lah akak tue, sbb akak tue baru jer bersalin tgh hari td. Apa lagi berlari doktor dpt kan aku ke katil, perkataan pertama yg keluar dari mulut dier, emergency operation. Aku terus di tolak masuk ke bilik operation. AKu diberikan bius sepenuhnya kerana aku tidak berpuasa. Aku terjaga lebih kurang kul 2 pagi, aku meraba perut aku, kosong. Aku bertanyakan pada nurse yg ader disebelah aku, "anak saya mana", dia menjawap " nanti doktor akan beritahu". Dia memberikan aku injection, aku tertido semula.

6 mac 2007,
7.00pg, aku dikejutkan oleh nurse yg bertugas, "Pn Suaibatul, bangun, kami nak pindah kan awak masuk ke wad semula" aku sedikit kebingungan, mungkin disebabkan ubat bius yg masih belum habis lg. Sekali lg aku bertanya " mana anak saya?", nurse tersebut hanya tersenyum "nanti doktor akn beritahu". Aku dipindahkan ke wad selepas dia menyiapkan aku. sampai je di katil aku, aku diberikan sekali lg injection dan menyebabkan aku tertido sampailah tgh hari. Tiba2 aku rasa spt ramai org disekeliling aku, apabila aku buka mata, ku lihat ramai sedara mara, adik beradik yg dtg melawat aku. Aku masih dlm kebingungan, pening sgt rasa kepala ni, mungkin disbbkan injection yg diberi. Pukul 2 ptg, waktu melawat pun dah habis, sedara mara yg dtg semuanyer dah balik. Tinggal aku dan suamiku, tiba2 suamiku pegang tangan aku, aku lihat muka dia berubah, "anak kita bermasalah" tanyaku balik "kenapa dgn baby? baby ok kan?". Tiba2 kami didatangi 2 org doktor, merka telah menerang keadaan anak aku buat masa skrg ni. Anak aku sebenarnya lahir dlm keadaan x sedarkan diri kiranya dia dah x bernyawa sewaktu dia dikeluarkan dari dlm perut aku, cuma slps doktor memberikan bantuan, barulah dia bernyawa semula. Tapi keadaan baby ku masih dlm koma. Kata doktor tue lg, "hanya kuasa tuhan saje yg dpt memulihkannya dr koma". Ya Allah, rasa x terpijak kaki ku dilantai dgn penjelasan yg diberikan, aku spt hilang arah, tergamam, knp benda ni boleh berlaku pd anak aku?. Ya Allah besarnya dugaan mu ya Allah. Lebih kurang 10 mlm, doktor memberitahu ku anak ku berada dlm keadaan yg amat kritikal, bergegas kami suami isteri mendapat kan dia, anak aku diletakkan di wad NICU. Sampai saje, kami x dibenarkan melihat anak kami disebbkan doktor sedang berusaha menyelamatkan nyawanya. Lebih kurang 20 minit kami menunggu, seorg doktor dtg mendptkan kami, dgn nada yg lemah di berkata "maafkan saya anak awak berdua x dpt diselamatkan". Tergamam aku mendengar kata2 yg keluar dr mulut doktor yg telah merawat anak aku. Air mata aku mengalir lebih laju lg, x tertanggung rasa perasaan ini. Ya Allah kau maha berkuasa ya Allah. Dan utk pertama kali aku dibenarkan melihat anak aku semenjak dia dilahirkan. Tergamam aku melihat anak aku, anak aku diletakkan diatas katil bayi dan badan nya dipenuhi dgn wayar2 dan terdapat mesin pernafasan disebelahnya. Perasaan aku bercampur baur, x dpt ku gambarkan perasaan aku sewaktu pertama kali aku melihatnya. Anak aku kaku, mata nya tertutup rapat, anak aku dah x der, anak aku dah pulang kpd penciptanya yg maha berkuasa Allah swt. Raut wajah anak aku, mirip rupa suami ku, tapi kulit anak aku begitu mulus dan putih sekali, dia terlalu comel, itulah anak kami. Buat pertama kalinya aku diberi peluang utk mendukung dan menciumnya buat kali pertama dan terakhir. Muhd Amirul, mama syg sgt Amirul. Insyaallah kita akan akn jumpa di akhirat, ini merupakan janji Amirul dgn Allah, Amirul x nak hidup didunia dan Amirul x nak menghadapi cabaran dunia. Mama redha Amirul, mama redha...

Ya Allah, ya tuhan ku, beratnyer dugaan mu ya Allah, aku terlalu lemah ya Allah. Aku hanya seorg hamba yg kerdil, aku redha ya Allah, aku redha dgn ketentuan mu. Mungkin berat mata org memandang tapi lg berat lg apa yg kami lalui. Tapi itulah dugaan, mungkin dugaan yg kami terima ni, kecil shj, mungkin org lain menerima dugaan yg lebih besar dan hebat dr kami, aku meletakkan dugaan ini sbg peringatan kpd aku supaya aku lebih dekatkan lg diri aku pd Allah.

Muhd Amirul bin Nordin dalam kenangan - (5 March 2007 - 6 March 2007)

Thursday, March 12, 2009

Tempat Keje Baru

Minggu ni merupakan minggu kedua bg aku ditempat keje baru, spt yg aku ceritakan sblm ni. 2 mac 2009, hari isnin minggu lepas merupakan hari pertama aku ditempat keje baru. First day keje dah ader kwn dan secara kebetulan lah pulak, kwn baru tu tinggal selang sblh umah dr rumah yg aku duduk skrg nie. Jadi pi keje balik keje, pi sama2 lah. Nasib baik ade kwn. Dkt ofis br nie, x ramai org, aku rasa staff kat sini lebih kurang belas2 kot. Perempuan hanya 2 org saja, aku dan kwn aku tue. Tapi ape2 pun, tempat nie biasa jer, cam tempat keje lain, cuma dkt ngan umah. Pi keje kul 8.40 pagi, balik umah kul 6.15 ptg. rehat dari kul 1 - 2.15pm, disebabkan rehat 1jam15minit jadi kitorg kene balik 6.15 ptg. Mcm tulah jadual keje kat sini. Tapi first day keje, terus dpt keje. mmm... memang aku x relax lah kat sini, skrg nie pun aku ader keje.mmmm...Tapi skrg nie, aku stopkan sekejap keje aku, utk aku updatekan blog aku nie. Pasni br aku sambung keje. hihihihi.....

Friday, February 27, 2009

Hari Terakhir

Hari ni 27/02/2009(Jumaat) bersamaan 2 Rabiul awal 1430H, hari ini merupakan hari terakhir aku di company Caidmark sdn bhd. Br kejap tadi diorg buat majlis perpisahan utk aku, terharu pulak aku jd nya. Ada 2 biji kek(secret recipe lagi tue) dan puding jagung. Inilah kek dia...



Walaupun sederhana tapi sgt meriah, dan dikesempatan ini aku nak mengucapkan tima kasih byk2 buat en asri, kak azan, nita, azri, ilah dan semuanya x dpt kusebut semuanya. Mereka nie memang best lah. Sbb mereka semua terlalu baik utk aku dan kadang2 aku rasa aku ni manusia yg jahat, eh betul ke aper aku ckp ni, merepek jer aku rasa. Arghhhh, lupakan semuanya. Selain dr kek, aku jugak dpt hadiah, huda dan miza yg belikan, mekasih.....

Bg aku segala aper yg diorg lakukan utk aku, x mampu utk aku bls. Terima kasih semua, terima kasih Caidmark. Good Bye....

Thursday, February 26, 2009

Pagi yg Indah

Indah sgt ker pagi nie? X lah indah sebenarnya cuma pagi tadi cuaca mendung, langit kelihatan suram dan sedikit berkabus aku rasa. Tapi perasaan aku terlalu damai dgn cuaca yg mcm tu. sejuk dan nyaman. Kuar dari umah lebih kurang kul 7.30 pg, belum hujan lg, tapi sebenarnya aku dah terlambat. dlm perjalanan hujan renyai dan disusuli dgn hujan lebat, masuk jer highway LDP, hujan jadi renyai dan reda. keadaan masih sama, suram,damai dan mengasyikkan. mmmm..... kalau dpt bantal best nie...

Hari nie merupakan hari terakhir aku di sini, disini? di company 'c', semalam aku ader order chezztart dan muffin ngan kakak aku, dan dia bitahu aku, mlm nanti(mlm tadi) boleh amik. Tapi dia cumer sempat buat chezztart jer, muffin x sempat, sbb dia kata tepung x der.mmm.. menyampah, benci aku, tapi nak buat mcm mana. Chezztart dan muffin tue sebnrnya aku nak bwk ke ofis, yelah, sajer nak buat sedekah utk hari terakhir, lagipun hari ni kan ker hari jumaat, bnyak pahala kalau sedekah pd hari jumaat. Tapi x de rezeki diorg utk makan muffin, yg ader cuma chezztart sahaja. Ok lah tue...

Wednesday, February 25, 2009

Hari Kedua Terakhir

Hari ini merupakan hari kedua terakhir bg aku di syarikat 'c' dan esok merupakan hari terakhir bg aku. Barang2 semua aku dah angkut siap2 cuma laptop jelah x kemaskini lg sbb nyer ada seorg staff pinjam laptop aku utk wat training. Dia kata hari ni dia last wat training, boleh lah aku transfer ape yg patut dr laptop aku tue.hehehheh... tapi dlm masa yg sama, hati aku jd sayu jer, mungkin sedih nak tinggal kan kengkawan kot hihihihi...ceh, sedih konon, tapi itulah kehidupan, kalau ader perjumpaan mesti ader perpisahan kan, kalau ader kelahiran pasti ader kematian. Tapi kalau berpisah masih boleh jumpa lg, tapi kalau dah mati memang x leh nak jumpa dah, jumpa kat pusara je lah. Tapi itulah kehidupan, hidup mesti diteruskan walau mcmmana sekalipun.

Isnin dpn bermula lah episod br bg aku di tempat keje br.mmmmm.... mcm mana yer tempat br nie yer, tapi biasa lah tempat br kan... hihihihi... entah lah aku pun x tahu mcm mana,  perasaan aku bercampur baur dan sedikit gementar ataupun takut....takut? kenapa takut, yelah mesti lah rasa takut, sbb tempat br lah katakan, dah lah x kenal sape2, mestilah rasa takut kan, betul ker.... Entah lah, tapi seperti yg telah aku katakan, hidup mesti diteruskan. Aku x boleh takut, aku mesti berani. Ape2 kita tunggu esok, apakah yg akan berlaku pd esok hari. 

Thursday, February 19, 2009

Aku Tak Sihat

Hari ni, hari jumaat dan hari ni merupakan hari kelima aku sakit, bukan sakit ape pun, sakit tekak, selsema, demam dan mcm nak batuk jer nie, benda ni berpunca dari cuaca yg kita alami skrg nie, panas giler skrg ni, tapi salah aku jugak, sbb kurang minum air, itu pun menjadi punca jugak. Sendiri yg salah, dah tahu cuaca panas, minum air sikit lak tue. Sakit aku nie bermula pd hari isnin hari tu, ptg isnin hari tu, tekak aku dah rasa perit, jd mlm tue, aku pun pi klinik amik ubat sakit tekak, malas nak jumpa doktor, cumer beli kat kaunter jer. Pagi esok tue aku rasa sakit tekak cam tue gak, x der perbezaan, aku pi jugak lah keje. Tapi ubat yg aku beli tu, aku bwk jugak lah ke ofis, satu ubat je yg aku beli, ubat sakit tekak dan dlm masa yg sama aku minum air masak sebnyk yg mungkin, balik keje tue, aku rasa same jer, tekak aku masih lagi perit.

Tapi mlm tue, aku dah janji ngan laki aku nak tengok wayang citer upin dan ipin (geng pengembaraan), memang hot giler lah citer dier, x rugi aku beli tiket. hahahahahha....memang best. Dalam keseronokan aku tengok wayang, sakit aku masih x berubah lg, jd balik dr tengok wayang, hubby aku bwk aku pi klinik, doktor tu kata, aku x demam, tekak aku jer sakit, jadi dia bg aku ubat sakit tekak yg lain dari ubat semlm, antibiotik, ubat selsema dan ubat kumur. Dr klinik, kitorg x terus balik, singgah makan plak tue, sbb x makan mlm lg, walaupun jam menunjukkan 12.30 pg, esok aku keje plak tu, walaupun sakit, selera ader jugak, hahahhaah.... sampai umah lebih kurang kul 1 lebih, x silap aku lah, makan ubat, gosok gigi, kumur2 ngan ubat ubat kumur yg br aku dpt tue, pastu zzzzzzz....bangun pagi, aku rasa tekak aku lega sket, walaupun perit nyer ader lg tapi x lah seteruk semalam. Aku pun pegi keje mcm biasa, sebenarnya aku dah x der keje pun dkt ofis ni, sbbnyer aku nak berhenti dah, minggu dpn last week aku. Jadi x der keje yg nak dibuat, sebenarnya sblm aku benti pun memang dah x der keje, x der projek pun.

Balik dr kejer, aku rasa lega sket, tekak aku cam dah x sakit, tapi cam ader penyakit br lak yg hinggap kat aku nie, aku rasa aku nie mcm nak selsema jer. Mlm tue cam biasa, aku mkn ubat sebelum tido dan aku mengharapkan, hari esok lebih indah dari hari ini. mmmm.... Tapi bila aku bangun dari tido, sakit tekak aku dah hilang, demam aku dah kurang tapi selsema aku x hilang, alah, x syok lah, tapi walaumcmmanapun aku kene pi kejer jugak. Di ofis, selsema aku bertambah teruk, mungkin disbbkan aircond aku rasa. mmmm..... mcm mana nie, ubat selsema aku x leh nak mkn waktu kejer sbb nanti sure aku tertido punyer. Lewat ptg, lebih kurang kul 4, aku dah start sakit kepala, mungkin disbbkan selsema aku rasa, kul 5.30 ptg, aku angkat kaki, balik umah, aku sampai umah lebih kurang kul 6.10, pastu hubby aku merungut, dia kata dia lapar. Jadi sampai jer umah, aku terus masak, sbb nyer hubby aku masuk keje kul 7 mlm, nak pi kejer kul 6.45 ptg. Aku masak nasi, pastu aku masak sambal sotong ngan telur dadar, itu jer yg mampu aku masak dlm masa 20 minit. Lepas hubby aku pi keje, aku mandi, basuh pinggan, makan ubat pastu aku tido, pastu aku terjaga kul 10 mlm, sbb alarm aku berbunyi, aku kena mkn ubat yg satu lg nie, ubat perancang kehamilan, aku kene mkn, nanti tersangkut plak, payah tue.

Pagi tadi, aku bangun, aku rasa selsema aku masih ader lg, tapi belum ditahap kritikal lg, hubby aku balik dr keje mlm, tiba2 dia kata, dia nak hantar aku pi keje, terkejut gak aku, dah lama sebenarnyer dia x hantar aku pi kejer, sbbnyer dier kata membazir, yelah mana x nyer membazir, tempat keje aku nie jauh dan ditambah pulak ngan tol LDP, pergh.. tol sajer pergi balik rm3.20, kalau pagi dia hantar dan balik dia amik, tol saja rm6.40 belum lg ditambah ngan minyak. mmmmm... memang x berbaloi, tapi disbbkan aku demam, dier hantar jugak aku pi kejer, itu yg aku syg kat hubby aku nie. Tapi dlm keadaan gawat skrg nie, kiter memang kene berjimat, yelah mana lah tahu, kalau2 dibuang keje ker, company bankrup ker, dan mcm2 lg yg kita x tahu akan terjadi, esok hari kiter memang tahu aper akan berlaku cuma Allah swt sahaja yg mengetahui. Jadi sblm hujan sediakan payung, nanti basah, x der saper nak tolong.

Wednesday, February 11, 2009

Selamat Hari Jadi Suamiku

Semalam 11/2, genaplah umur suamiku 28 tahun. Kami nie sebaya sebenarnyer cumer aku lahir pd bulan 9, lambat sket. Kiranyer my hubby tue lebih tua dr aku. hihihihi.. tua bln jelah. Sehari sblm hari jadi dier aku belikan dier kek, sepotong jelah aku beli. kalau beli sebiji kek saper yg nak menghabiskannyer. kedai kek yg terdekat ngan umah aku kedai 'Secret Recipe' kat wangsa melawati. Inilah dier kek yg aku belikan utk dier.
Konon2 nyer nak makan kek tue tepat kul 12 tgh mlm, alih2, balik jer dr kedai terus jer dier melantak kek yg aku beli tue.mmmmmm..... jadi x ader lah sambutan kul 12 tgh mlm, cuma nyanyian sumbang aku jelah yg menyanyikan lagu 'Happy Birthday' utk dier. Ok aper, itu jelah yg aku mampu aku lakukan, hadiah harijadi dier aku dah bg seminggu sblm birhtday dier(telepon sony ericsson). Berckp pasal tepon yg aku bg tue, hubby aku skrg ni asyik berkapit jer ngan tepon br dier. Skrg nie aku dah jd no 2, tapi utk sementara waktu je lah, sampai dier bowink ngan tepon br dier, lepas tue barulah aku akan jd no 1. mmmmmm.... Tapi ape2 pun aku berharap dan berdoa semoga suamiku panjang umur dimurahkan rezeki dan bahagia hendaknyer kehidupan dier di dunia dan juga akhirat, itu doa aku utk suami ku sempena harijadi dier yg ke-28.

Semalam atau mlm tadi, kitorg pi mkn2 kfc kat wangsa maju, kiranyer mkn2 sempena birthday suamiku, kira nyer aku lah yg belanja tue. x per lah bukannyer selalu pun kan. sethn sekali jer, mula2 kitorg nak makan pizza, alih2 dia ckp dia x nak makan pizza, sbb boring makan pizza, dia nak makan kfc, aku ikut sajerlah aper yg dia nak makan. pizza ker, kfc ker, nasi goreng ker atau aper2 pun aku ikutkan sajer. Sebenarnyer agak lewat jugaklah kitorg kuar makan smlm, lebih kurang kul 10 lebih, tapi kfc skrg nie kan ker 24 jam beroperasi. Mase kitorg tgh makan tue, tiba2 hati aku jd sayu, aku teringat kan arwah anak2 aku, Amirul dan Humairah. Kalau lah diorg berdua tue ader, mesti bahagia keluarga kitorg. mmmmm.... Tapi tuhan x nak aku bahagia lg, tuhan nak uji kesabaran aku dari segi mental dan jugak fizikal aku nie. Besar sungguh dugaan mu Ya Allah. Walaumcmmanapun kehidupan kene diteruskan, jgn cepat putus asa, bykkan bersabar, redha dgn ketentuannyer, semua tue adalah dugaan yg maha esa utk menilai sejauh mana tahap kesabaran kita menempuh dugaan yg diberikan oleh Allah kepada hamba2 nyer, mungkin jugak, ia merupakan peringatan kpd aku supaya aku dpt dekatkan diri lebih lg dgn Allah swt. Setiap detik dan setiap saat tidak pernah aku lupakan arwah anak2 aku, mereka begitu istimewa buat aku dan aku tidak akan melupakan setiap kenangan aku bersama dgn diorg selama 9 bln mereka berada didlm perut aku. Ya Allah kau tabah kan hati kami nie Ya Allah. Tapi aku pasti kegembiraan pasti akan hadir kedlm kehidupan kami suami isteri selagi kami masih bersabar. Amin.

Monday, February 9, 2009

Cerita Minggu Lepas...

Aper cerr.. minggu lps, mmm... mcm2 citer ader, minggu lepas dari hari isnin sampai hari jumaat aku berpuasa, puasa ganti untuk menggantikan puasa yg aku tinggalkan pd bulan ramadhan yg lalu, bukan sehari bukan sepuluh hari tapi 30 hari, knp sampai 30 hari, kerana aku bersalin seminggu seblm bulan posa jadi keseluruhan ramadhan aku x leh posa. Nak buat mcm mana, yg wajib mesti dibuat jd sekiranya aku tertinggal sehari posa wajib ramadhan, aku mesti membayarnya semula, jika tidak dosa lah jawap nyer. Ramadhan pun bukan nyer lama lagi, bulan 8 ni insyaalah, seluruh umat islam akan berpuasa kembali, insyaallah jika ader rezeki dan panjang umur dptlah aku mengerjakan puasa dan juga solat terawih,mmmm.... best nyer. Kalau dibuat perkiraan, baki posa aku yg tertinggal adalah 13 hari lg, byk lg sebenarnyer. ape2 pun aku mesti ganti kan jugak, mmmm.... letihnyer posa.

Cerita pasal kejer br aku plak, selepas aku confirm ngan boss aku pasal resign letter aku, aku terus call majikan baru aku utk confirm kan ngan dier yg aku akan masuk kejer pd bulan mac dpn. Dia pun kata ok jelah. Lega rasanyer, bila segalanyer dah selesai. sekarang nie aku sedang menanti hari2 terakhir aku dicompany 'C'. Sedih pulak rasanyer...

Ader lagi citer pasal minggu lepas, hari khamis minggu lepas, selepas berbuka posa dan selepas sembahyang maghrib, aku ngan suami aku telah keluar bersama menuju ke suatu destinasi iaitu pandan kapital kat pandan indah, aper tujuan sebenarnyer kami kesana? jeng..jeng..jeng.. Sebenarnyer kami kesana adalah bertujuaan utk membeli sebuah handphone br, tapi bkn utk aku, ia adalah utk suami ku yg tercinta, aku belikan suami aku handphone br bg menggantikan handphone dier yg dah x boleh diselamatkan lg dan ia juga merupakan hadiah harijadi suami ku yg ke-28 tahun. dah tua rupanyer suami aku. Hari jadi dier sebenarnyer 11/2, sajer jer aku belikan nyer awal, sbb aku takut duit aku terabis, paham2 jelah. Tapi aper2 pun kiter tunggu 11/2 nanti, surprise....hihihihihi.

Monday, February 2, 2009

Confirm

Semalam lebih kurang kul 4 ptg, tiba2 En Asri, manager aku panggil aku, dier ckp BOSS nak jumpa, dier kata Boss nak ckp pasal resign letter aku. Berdebar jugaklah aku, tapi aku kuatkan semangat, dgn hati yg berdebar2 aku gagahkan jua utk pergi berjumpa dgn dier.uuuuuu..... Setelah aku berjumpa dgn nyer barulah aku paham knp, rupanyer dier nak aku tukar sket cerita dlm resign letter aku supaya menjadi lebih kukuh lagi, sbb nyer, notis perletakan jawatan aku adalah 3 bulan yg menjadi masalahnyer aku minta 1 bln, jadi dier nak aku letakkan 2 alasan kukuh yg menyatakan knp aku nak berhenti, aku x boleh beritahu yg aku dpt job lain, sbbnyer, kata boss aku kalau dpt job lain aku mesti kene bg 3 bln notis, jadi dier suruh aku tulis balik surat resign tersebut dan nyatakan bahawa aku mempunyai masalah kesihatan dan suami aku paksa aku berhenti keje. mmmm.... bijak jugak boss aku nie, tapi ape2 pun aku berterima kasih sgt2 pd dier sbb dier boleh bertimbang rasa pasal notis sebln aku tue..Ape2 pun, skrg nie aku dah kira selamat, selamat sbb aper? selamat hantar surat resign.. hihihih.... dan dah confirm dgn boss, cuma x dpt surat dari hr dept jer. x per lah, asalkan boss dah terima surat aku, itu dah kira ok.yippi...

Friday, January 30, 2009

Resign Letter

Hari nie merupakan 'hari dalam sejarah' dlm hidup aku kerana aku telah menghantar surat perletakan jawatan. Berdebar-debar aku di buat nyer tatkala aku menyerahkan surat perletakan jawatan aku pada BOSS aku. Ayat pertama yg keluar dr mulut dier, 'awak nak serahkan surat cinta pada saya ker', mendalam sungguh kata-kata dier. kemudian aku menjawap 'saya nak berhenti keje' tatkala itu aku menyerahkan surat tersebut pada dier. Dier pula bertanya 'knp nak berhenti?'. Terkelu lidah aku seketika. kemudian aku menjawab 'tempat keje baru nie lebih dekat ngan umah', slps itu dier membalas 'saya tambahkan gaji awak'. terkelu lg lidah aku, aku tidak mampu menjawap. Dier katakan, perkara ini akan dibincangkan kemudian. mmmmmmm..... mcm mana nie, aku kalau boleh nak kan jawapan secepat mungkin supaya aku dpt memberikan kata putus kpd bakal majikan aku yg baru. Tapi, betul ker keputusan aku nak berhenti keje, aku jadi keliru. Keliru dgn diri aku sendiri, knp aku tidak mampu membuat keputusan atau aku takut dgn keputusan yg aku lakukan, knp? maksudnyer aku tidak yakin pada diri aku sendiri atau aku tidak bijak membuat keputusan. aku..aku..knp lah dgn aku nie....

Thursday, January 29, 2009

Keje Baru

Dua minggu lepas aku dpt call dari seseorg, tiba2 dia kata "masih berminat nak bekerja dgn kami x", aku tiba2 kebingungan, betul ke ape yg dier katakan, dgn lantas aku menjawab, "ye saya berminat". Sebenarnya 2 bulan lepas aku ader pi interview dgn satu company nie, x yahlah aku bitahu nama company nyer, tapi yg buat aku terkejut nyer kerana terlalu lama dier buat keputusan nak ambil aku bekerja. Aku pun x terfikir dier akan call aku utk offer kerje pd aku. Tapi memang aku tgh mencari kerja, tempat kerja aku skrg ni, ok sebenarnyer, tapi itulah, masalah semasa dier, epf dan socso dan beberapa perkara lagi. Bila aku fikir2kan sedih jugak nak tinggalkan company nie, tapi bila aku fikir balik baik buruk nyer, aku terpaksa benti jugak.

Entahlah, betul ker keputusan aku nie, aku sendiri pun x pasti, kenapa dgn aku nie, takkan lah bende mcm ni pun aku x boleh nak buat keputusan.Arggghhhhh........ tension, aku rasa mcm nak buat sembahyang istikharah malam nie, nak suruh tuhan bg aku petunjuk, aku harap keputusan aku kali ini lebih tepat dgn petunjuk dari Allah. Sesungguhnyer tuhan lebih mengetahui aper yg baik dan aper yg buruk utk aku....Amin.

Wednesday, January 28, 2009

Genting Oh Genting

Sambungan cerita minggu lepas, cuti raya cina baru2 nie, aku dan suami akhirnya bercuti di Genting Highland, seronok tue memang lah seronok, dari rumah lagi dah x sabar nak jejak kaki ke genting, bukannye x pernah pergi genting, tapi dah lama sgt x pergi bercuti, jadi terover lah pulak. bertolak dari umah lebih kurang 12:30 tgh hari hari sabtu, pastu singgah jap kat restoran leha kelfood makan tgh hari, dah kenyang baru kitorang bertolak pi genting, perjalanan dr kl ke genting sebenarnyer x lah lama sgt, tapi hari tue, jammmmm teruk plak hingway karak, dah lah panaszzz gilers, uuuuuuuu. memang terasalah bahang nyer pastu ditambah pulak ngan aircond kete hubby aku yg rosak, dugaan2...

Segala dugaan tue kami tempuhi nyer dgn sabar dan redha, cewah.... Akhirnyer kami sampai juga ke puncak genting. Best gilers, sbbnyer sejuk sgt2. After check-in, kitorg pun baring2 dan lepak2 dulu pastu baru kitorg cari makanan, biasalah dlm keadaan yg sejuk, memang cepat lapar kan.... malam tue kitaorg berdua pi karaoka(betul ker aku eja ni) dan main game yg ader kat situ, pastu kitorg pi tengok wayang citer underworld. Citer dier memang menarik, tapi takutlah sbb ader serigala & pontianak.... tapi citer dier menarik dan lebih takut berbanding underworld yg sebelumnyer.

Balik tengok wayang apalagi kitaorg pun zzzzzzzz...... bangun pagi pi sarapan, naik hotel siap2, kemas brng pastu kitaorg pun check-out.mmmmm...Pi genting cuma 2 hari 1 mlm jadi masih ader baki cuti 3 hari(isnin, selasa n rabu), jadi aku ngan hubby plan balik ke kg aku kat slim river...mmmmm. Dah lama rasa nyer x balik kg, last sekali aku balik kg raya haji tahun lepas. baru jugak lah sebenarnyer.

Cerita di kg slim pulak, cuaca memang panazzz gilers...hubby aku dah plan nak pi hot spring kat sg klah, walaupun dkt jer ngan umah aku, tapi itulah kali pertama aku pi sana, perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam, mcm x sangka jer aku dgn tempat tue, sbbnyer kawasan hot spring tu didlm kebun kelapa sawit, mcm taman dlm kebun, uuuuuu... tempat tue memang best.

Bg aku percutian kali adalah yg paling best dan menarik. Tapi yg paling penting hubby aku sentiasa ada disisi aku...tu yg paling penting. Ape2 pun aku nak ucapkan tima kasih byk2 to my hubby yg hensem, kiut dan comel tu krn sanggup menghabiskan masa cuti bersama aku.....

Wednesday, January 21, 2009

Cuti Tahun Baru Cina

X sabar rasanyer nak tunggu hujung minggu ni, sebabnya suami tercinta kita nak bwk kita pi jln2. eeee best nyer.Tapi nak pegi mana yek.... Itu yg menjadi persoalannyer. Hubby ckp pilih jer mana2 destinasi, dia akan bawakkan, tapi hujung minggu nie cuti tahun baru cina, jadi semestinya banyak hotel dah full booking, yelah cuti 4 hari lah katakan, sabtu, ahad, isnin dan selasa. Habis tue kiteorg ni camner yek..

Hubby ader ckp, dia ajak pi PD jer, tapi bg aku cam dekat sgt jer kan, lebih baik pi genting jer...mmmm...Entahlah, aku pun x pikir lg nak pegi mana, yg penting skrg nie aku tgh pikir tentang nak cari keje baru, smlm ader org call, offer aku keje, pastu dier ckp akan call semula utk confirm kan nyer, sampai la nie die x call2 balik.sedih nyer aku rasa, mungkin bukan rezeki aku kot.tapi sebenarnyer aku mengharap sgt2 akan keje tue, sbbnyer ofis dier belakang umah aku jer. Ofis skrg ni, jauh sgt2, dah x larat aku nak ulang alik tiap2 hari, tapi nasib baiklah aku memandu, dah x naik bas dan lrt dah mcm mula2 aku keje. Sampai nak termuntah aku naik lrt, turun lrt pastu naik pulak lrt yg satu lg, pastu naik pulak bas, ya allah, betapa seksa nyer aku rasa. Tapi sekarang nie, aku dah ader kete sendiri, pegi keje balik keje bawak kete, tapi kene bayar lebih sket lah, pada minyak, tol plus ngan parking....

Berbalik pd cuti2 aku ngan hubby, aku masih lg x der idea nak pi mana, mmmmm..... aku raser aku akan ikut cadangan hubby aku je lah, pi PD jer kan. Menarik jugak PD tue, boleh lah, nak release tension. Aper2 pun kita tunggu jer hujung minggu ni.

Thursday, January 8, 2009

Dosa-dosa yg lampau

Dari minggu lepas hingga lah ke hari nie, mcm2 penyakit yg singgah dekat badan aku nie, org kata sakit yg kita hadapi tue sebenarnya penghapus dosa2 kita yg lampau yg mungkin kita x sedar.Ckp pasal dosa, bagi seorang perempuan, sebelum ia berkawin, segala dosa2 nya ditanggung oleh ayah nya, bila dah berkahwin suami nya pulak yg menanggung dosa2 nya, best nyer jadi perempuan nie.mmmmmm.....tapi bg aku dosa tetap dosa,kita sebagai manusia x kira perempuan ataupun lelaki mesti tahu ape itu dosa dan dan ape itu pahala dan tahu membezakan diantara halal dan juga haram.

Sebenarnya, jumaat lepas aku kene gastrik yg amat teruk dan dicampur pulak cirit birit yg melampau,sampaikan aku demam, nak atau x nak, aku kene pi klinik sbb gastrik yg teruk, selalunyer doktor akan bg injection untuk redhakan kesakitan. Lepas kene injection, doktor tue pun bg ceramah sket kat aku pasal pemakanan, aku kene pantang utk tidak menyentuh makanan pedas, berususu dan bermcm2 lg, aku sendiri pun x ingat, ape yg doktor tue bebel kat aku. Selepas 3 hari berlalu, aku masih lagi cirit birit, berulang lah aku ke klinik lagi, kali nie aku pi klinik lain plak, alhamdulillah berkesan sungguh ubat dier, aku dah x cirit birit lagi dah.

Tapi malam tadi, tulang belakang aku sakit sekali lagi, aku ingat kan bila aku bangun keesokkan harinya, sakit belakang aku akan hilang, rupanya makin menjadi2. Dan aku x der pilihan lain, selepas sarapan pagi, aku amik ponstan(ubat tahan sakit). Alhamdulillah, sakit belakang aku beransur hilang. Tapi apa2 pun segala kesakitan yg datang pd kita jgnlah sesekali kita mengeluh, insyaallah, segala penderitaan ataupun kesakitan yg Allah beri pada kita pasti ada sebab dan hikmahnya, kita hanya perlu redha menerima segalanya dgn sabar dan tabah, insyaallah berkat kesabaran kita akan dibalas oleh tuhan kelak.....

Thursday, January 1, 2009

Salam Maal Hijrah 1430 & Selamat Tahun Baru 2009

Masuk jer tahun baru bermakna bertambahlah usia aku, mmmmm. Tahun nie umur aku akan meningkat dari 27 ke 28 tahun. Tua sgt ker aku nie, x kot. Bg aku umur hanya angka sahaja. Ape2 pun kehidupan aku mesti diteruskan spt biasa. Thn 2008 banyak meninggalkan kesan pada aku, byk perkara sedih yg berlaku sepanjang tahun 2008. Perkara yg x boleh aku lupa semestinya kematian anak perempuan aku, Hana Humairah nama dier. Nama blog nie pun aku letak sempena dengan nama dier. Walaubagaimanapun aku kene pasrah, itu semuanya adalah dugaan drpd Allah swt, dia yg maha berkuasa, dier yg menentukan segalanya, aku hanya merancang, yg menentukannya dier. Aku sbg hambanya kene redha dengan segala qada dan juga qadar yg telah ditetapkan. Tapi aku ingat dgn janji Allah, aku akan dipertemukan dengan kedua2 anak aku diakhirat kelak. Bg aku kematian tu pasti, semua org akan mati, semua akan menghadapi sakaratul maut, tidak seorg pun yg terkecuali. Tahun baru 2009 nie, aku nak bukak buku baru, aku dah x nak bersedih lagi, aku nak buang segala kesedihan yg telah aku lalui utk beberapa bulan kebelakangan ini. Walaupun tuhan menduga aku dgn kematian anak2 aku, tuhan tetap memberi aku kebahagiaan, tuhan kurniakan aku seorg suami yg amat baik hati. Betapa bertuah nye aku. Utk tahun baru nie, aku mohon kepada tuhan semoga aku dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan kebahagian didunia dan juga diakhirat. Selamat Tahun Baru.......
 
Copyright 2010 Seindah Ciptaan Tuhan. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase